Danau Lumayan bina 3,438 unit rumah mampu milik, 18 gerai penjaja Madani

KUALA LUMPUR — Danau Lumayan Sdn. Bhd akan menawarkan 3,438 unit kediaman mampu milik di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.01 bilion.

Pengarah Urusannya, Shahril Reza Shaheen berkata, projek yang dikenali sebagai Residensi Wilayah Aman Lumayan ini turut menyediakan kira-kira 18 buah ‘gerai penjaja Madani’ bagi para usahawan yang ingin berniaga di sini.

“Projek ini dimulakan dengan pembangunan di Fasa 2B dan ketika ini kerja-kerja awalan tapak sudah pun siap. Di fasa ini, kita bangunkan Residensi Wilayah setinggi 55 tingkat dan setiap tingkat mempunyai 26 unit.

“Menariknya bagi projek terbaharu ini, kita memperkenalkan konsep bangunan berbentuk ‘Y’ yang mana setiap pemilk akan mempunyai ‘view’ masing-masing dan tidak lagi mengadap antara satu sama lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Residensi Aman Lumayan di sini hari ini.

Jelasnya bagi fasa 2A, ia akan dibangunkan dengan 50 tingkat, manakala bagi Fasa 1 setinggi 43 tingkat dan harga bagi semua unit adalah RM300,000.

Selain itu katanya, terdapat banyak kemudahan berhampiran kawasan ini seperti Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Stadium Cheras, balai polis serta tempat beriadah seperti Taman Tasik Permaisuri.

“Antara kemudahan lain yang terdapat di residensi itu termasuklah kolam renang serta kolam mandi untuk kanak-kanak, dewan, surau serta kawalan keselamatan 24 jam.

“Setiap pembeli unit kediaman ini tidak perlu rmasalah parkir kerana mereka boleh menggunakan kemudahan awam yang ada berhampiran kawasan sekitar ini.

“Projek ini berdekatan dengan Cadangan Jajaran Laluan Lingkaran (MRT3) Stesen Sri Permaisuri iaitu kurang dari 500 meter,” katanya.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap merasmikan Residensi Aman Lumayan di Bandar Tasik Permaisuri, menggesa setiap projek perumahan rakyat berskala besar di ibu negara menyediakan kemudahan asas termasuk ruang sekolah vertikal (bertingkat).

Anwar juga mahu pemaju projek menekankan konsep perumahan madani rakyat, meliputi penyediaan kemudahan asas menyeluruh dan berpusat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat