Rara, bila nak hantar Zahid ke penjara? – Tun Faisal

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menempelak Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman selepas bergambar bersama Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengungkit petikan ceramah Young Syefura ketika kempen pilihan raya umum lalu kononnya, pengundi Bentong mesti menangkan DAP di Parlimen itu supaya dapat membentuk kerajaan bersih daripada rasuah dan jika menang Zahid pasti akan dihantar ke penjara”.

Tun Faisal membidas, hakikatnya DAP dan pengundi DAP bukan peduli sangat isu rasuah dan tatakelola.

“Rara, bila nak hantar Zahid ke penjara? Dulu beria ceramah nak hantar Zahid Hamidi ke penjara, hari ni bergambar belakang Zahid.

“Pengundi PH tak akan undi PH kalau tahu Zahid, Orang kena tuduh (OKT) 47 pertuduhan prima facie kes rasuah salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan skandal kapal ghaib LCS akan diangkat jadi TPM dan diberikan DNAA.

“Pengundi BN pula tak akan mengundi BN kalau tahu Zahid dan BN akan angkat Datuk Seri Anwar Ibrahim bekas banduan penjenayah rasuah salah guna kuasa dan bekas banduan penjenayah liwat yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki jadi PM dan bersekongkol dengan DAP dan golongan liberal sekular evangelis pluralis dalam Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan tebuk belakang dengan cara menipu Yang di-Pertuan Agong dan ahli-ahli Umno serta mengkhianati undi pengundi Umno dan undi pengundi BN.

“Sebab itu sampai hari ini mereka berdiam diri dalam isu rasuah melibatkan pemimpin GRS, ketiadaan sebarang siasatan berkaitan Farhash dan perbicaraan kes rasuah terowong ghaib Lim Guan Eng,” dakwa Tun Faisal.

Hari ini Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkongsi pengalaman pertama sekumpulan besar ahli Parlimen DAP melawat Ibu Pejabat Umno.

Ujar beliau, lebih 30 ahli Parlimen DAP menghadiri taklimat TVET di ibu pejabat Umno, yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Lebih 30 shli Parlimen DAP menghadiri taklimat TVET di ibu pejabat Umno, yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Ini menandakan kali pertama sekumpulan besar MP DAP melawat ibu pejabat Unmo- ini satu tanda kematangan dan kerjasama dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat