Pertama kali lebih 30 MP DAP kunjungi Ibu Pejabat Umno, dihos Zahid

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkongsi pengalaman pertama sekumpulan besar ahli Parlimen DAP melawat Ibu Pejabat Umno.

Ujar beliau, lebih 30 ahli Parlimen DAP menghadiri taklimat TVET di ibu pejabat Umno, yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Lebih 30 shli Parlimen DAP menghadiri taklimat TVET di ibu pejabat Umno, yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Ini menandakan kali pertama sekumpulan besar MP DAP melawat ibu pejabat Unmo- ini satu tanda kematangan dan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

“Kerajaan Madani tidak sempurna. Tetapi kami serius dalam melaksanakan tanggungjawab kami.

“Kami sedang berusaha untuk mengatasi perbezaan ideologi dan parti demi kemajuan negara.

“Pembinaan negara memerlukan perpaduan, bukan keseragaman dan itulah semangat yang kami komited,” catat Foong Hin di Facebooknya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pepatah “seminggu adalah masa yang lama dalam politik” mencerminkan betapa cepatnya landskap politik boleh berubah dan minggu ini, Malaysia telah menyaksikan beberapa perkembangan penting.

“Pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandakan satu detik penting. Ia menggariskan pelan strategik yang berani untuk mengangkat Malaysia menjadi kuasa pertengahan yang kukuh dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Semakan tarif import Amerika Syarikat membawa kelegaan kepada banyak industri Malaysia. Pada awalnya, Malaysia dikenakan tarif 25 peratus menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan sinis terhadap prestasi Anwar. Ramai yang meragui pendekatannya.

“Tetapi minggu ini, kadar yang disemak semula sebanyak 19 peratus membuktikan bahawa diplomasi yang mantap dan penglibatan strategiknya membuahkan hasil.

“Pengeluar sarung tangan getah dan pembuat perabot kita kini menikmati padang permainan yang lebih seimbang dengan rakan-rakan ASEAN,” katanya.

Justeru tegas beliau, Anwar telah membuktikan bahawa strateginya berkesan dan sudah tiba masanya kita terus berdiri di belakangnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat