“Masa Tun Sudah Berlalu” – Syahredzan Bidas Cabaran Mahathir Bubar Parlimen

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan hari ini membidas cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan, Syahredzan menyifatkan gesaan tersebut sebagai tidak masuk akal dan berpaksikan kepentingan peribadi, bukannya demi kesejahteraan rakyat.

“Tiba-tiba, disebabkan hasad dengki dan benci di dada, serta nafsu inginkan kuasa, ada pula yang membuat cabaran untuk bubarkan Parlimen. Dengan segala hormatnya, ini cadangan tidak masuk akal!” tegas beliau.

Katanya lagi, rakyat ketika ini lebih menginginkan kestabilan politik berbanding diseret ke dalam kancah pilihan raya yang belum tiba waktunya.

“Rakyat terbanyak tidak mahukan pilihan raya buat masa ini, mereka mahu Kerajaan yang stabil. Pilihan raya pasti akan datang, bila tiba masanya. Tetapi sekarang bukan masanya,” tambahnya.

“Tolonglah Tun Mahathir; masa Tun sudah berlalu. Kami masih hormat pada Tun, tetapi ini masa orang lain memimpin negara. Jangan perjudikan masa hadapan kami dan anak-anak kami,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat susulan cabaran yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir menerusi hantaran di Facebook, yang mendesak Anwar supaya berani membubarkan Parlimen susulan perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang berlangsung Sabtu lalu.

“Kalau Anwar benar-benar berani, bubarlah Parlimen dan adakan pilihan raya sekarang. Tak perlu takut – sekutu dia kata hanya 15,000 orang hadir perhimpunan itu. Mesti dia akan menang,” tulis Mahathir.

Beliau juga mendakwa bahawa Anwar bukan pilihan rakyat sebagai Perdana Menteri, dan PRU akan menjadi medan sebenar untuk mengukur sokongan terhadap kepimpinannya.


 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat