RMK13: Sejuta Rumah Mampu Milik Dibina Menjelang 2035 – Anwar

CYBERJAYA – Kerajaan menyasarkan pembinaan sejuta unit rumah mampu milik dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, antara tahun 2026 hingga 2035, sebagai sebahagian daripada inisiatif utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangannya di Parlimen berkata, langkah ini bertujuan untuk menangani masalah ketidaksepadanan antara harga rumah dan pendapatan rakyat, serta memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti.

“Sehingga 2025, sebanyak 180 ribu unit rumah telah disiapkan dan 235 ribu lagi sedang dalam pembinaan. Namun masalah utama ialah ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran serta harga rumah yang tidak selari dengan pendapatan rakyat,” jelas beliau dalam ucapannya.

Untuk mencapai sasaran ini, kerajaan akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri dan pemaju swasta. Dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif akan diperluas termasuk:

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan

  • Skim Sewa untuk Beli (RTO)

  • Penggunaan teknologi binaan moden seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan pengurusan bersepadu bangunan (BIM) untuk mempercepatkan pembinaan dan mengurangkan kos.

Konsep Kota MADANI, yang kini dilaksanakan di Putrajaya oleh Putrajaya Holdings, akan diperluas sebagai model pembangunan bandar yang seimbang dan terangkum – dengan fokus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, termasuk penjawat awam.

“Kalau kita tidak sebut dengan fakta, ia tidak beri makna. Jadi saya harap bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut, sila rujuk kepada Putrajaya Holdings,” ujar beliau.

Inisiatif ini turut merangkumi pelbagai program lain seperti Residensi Madani, Rumah Bakat MADANI, serta Bantuan Bina Baru Rumah, yang kini sedang dalam pelaksanaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat