Masa depan politik negara lebih penting berbanding sengketa Najib, Muhyiddin – Peja

KUALA LUMPUR – Sengketa antara Datuk Seri Najib Razak dan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepenting kelangsungan perjuangan politik orang Melayu serta negara ini.

Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, karier politik dan kedudukan Najib dan Muhyiddin tidak penting jika dibandingkan dengan perjuangan dan masa depan negara.

Hal ini merujuk kenyataan Najib bahawa beliau tidak yakin Muhyiddin selaku Presiden Bersatu akan membuka ruang untuk Bersatu dan Umno menjalin kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) menentang kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Najib, kalau Datuk Seri Hamzah Zainudin atau sesiapa saja yang memimpin Bersatu mungkin ruang itu masih boleh dibuka tapi beliau tidak rasa Muhyiddin boleh maafkan beliau merujuk kepada peristiwa 2015 di mana Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dipecat selepas beliau membangkitkan terlalu banyak soalan berkaitan dengan dana kekayaan berdaulat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada tahun 2015.

Justeru merujuk peristiwa dan kronologi itu, Ahmad Faizal atau lebih mesra disapa Peja berpendapat Najib dan Muhyiddin bukanlah individu yang penting yang perlu kita fikirkan demi untuk kelangsungan perjuangan politik orang Melayu ataupun negara ini, mereka hanya dua pemimpin yang ada di waktu kita ini.

“Jadi saya nak katakan karier politik Najib, kedudukan dia tidak penting begitu juga dengan karier politik Muhyiddin kedudukan dia dalam apa juga perkara tidak penting -perjuangan kita yang penting.

“Jadi kalau kita lihat apa yang sedang berlaku ini merugikan agama kita, bangsa kita dan tanah air kita-kita bersama dalam apa juga kapasiti perlu lakukan sesuatu tapi
Najib hanya mampu setakat ini untuk berdoa selepas solat walaupun di dalam sel penjara sendiri dan berdoa minta pada Allah agar negara ini dapat kembali kepada landasan yang betul, itu beliau perlu lakukan.

“Maksudnya, kalau beliau ada penyokong-penyokong di luar sana yang masih beri sokongan kepada beliau saya merayu kepada Najib untuk merayu kepada para penyokong beliau untuk melakukan perkara yang betul, kerana ada dikalangan ahli-ahli Parlimen Umno hari ini yang masih setia kepada Najib.

“Katakan kepada mereka lakukanlah perkara yang betul, jangan takut kita hanya perlu takut kepada Allah.

“Jangan takut kepada sama ada kita akan jadi calon semula atau tidak, jangan takut kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memegang kuasa untuk memberi watikah sebagai calon pilihan raya,” seru Peja dalam temu bual bersama SuaraTV dalam slot Jam Kesebelas.

Sementara itu Peja yang juga bekas Menteri Besar Perak mengimbau Najib pernah melakukan kesilapan bagaimana beliau rasakan dengan memberi bantuan, beri kesenangan kepada rakyat melalui BR1M dan sebagainya itu akan memberi kemenangan kepada beliau terbukti perkara itu tidak berlaku.

“Jangan lakukan kesilapan sekali lagi. Jadi Najib adalah antara pemimpin yang paling sesuai dapat memberi nasihat kepada penyokongnya untuk inilah masanya bukannya saya nak kata tentang can we come together untuk memastikan kamu atau saya akan kembali jadi PM.

“Kalau tidak seorang pun (sama ada Najib atau Muhyiddin) jadi Perdana Menteri tetapi perjuangan kita ini tercapai, itu mesti dilakukan – bukan perlu dilakukan tapi mesti dilakukan.

“Saya akan sampaikan kepada Muhyiddin sebagai presiden parti saya tetapi akhirnya it’s not about you tapi it’s about us,” tegas Peja.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat