Bandaraya Johor Bahru terus melonjakkan profilnya sebagai salah satu pusat teknologi dan gaya hidup digital paling pesat di Asia Tenggara dengan perasmian Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis terbesar di luar China. Terletak strategik di Mid Valley Southkey, pembukaan rasmi pada 26 Julai lalu bukan sahaja menarik perhatian peminat teknologi, malah membuka lembaran baharu dalam landskap peruncitan pintar dan interaktif di rantau ini.
Pusat runcit dan servis berkonsepkan pengalaman menyeluruh ini telah menjadi magnet kepada ribuan pengunjung, terutamanya pada hujung minggu pertama pelancaran HONOR Magic V5, telefon boleh lipat terkini jenama tersebut. Ramai hadir bukan sekadar untuk membeli, malah ingin merasai sendiri inovasi teknologi terkini melalui pelbagai aktiviti interaktif, termasuk bengkel kecerdasan buatan (AI), demonstrasi ketahanan telefon, dan pameran komponen dalaman peranti ultra nipis.
Apa yang menjadikan kedai flagship ini berbeza daripada pusat jualan biasa ialah penekanannya terhadap pengalaman menyeluruh pengguna. Ia bukan sekadar tempat untuk menjual peranti, tetapi ruang untuk pembelajaran, eksplorasi dan sokongan teknikal yang holistik.
Konsep ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang HONOR dalam memperkukuh kehadirannya di Malaysia, serta mengubah persepsi orang ramai terhadap jenama China yang semakin dikenali dengan inovasi premium.
Menurut Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li, pembukaan pusat ini mencerminkan pencapaian besar syarikat dan komitmen mereka terhadap pasaran Malaysia. “Kami sangat berbangga kerana Malaysia, khususnya Johor Bahru, menjadi lokasi bagi kedai dan pusat servis terbesar HONOR di luar China. Ia bukan sahaja menandakan sokongan kukuh pelanggan tempatan, tetapi juga menzahirkan penghargaan kami kepada komuniti di sini,” katanya semasa acara perasmian.
Tambah beliau, HONOR kini telah mempunyai 100 cawangan di seluruh Malaysia, dengan yang terbaru dibuka di Suria KLCC bulan lalu. “Johor Bahru ialah lokasi penting dalam pelan pengembangan kami kerana kedudukannya yang strategik dan permintaan pengguna yang tinggi terhadap teknologi pintar berkualiti,” ujarnya lagi.

Pembukaan pusat berkenaan juga memberi kesan langsung terhadap ekonomi tempatan, khususnya dalam sektor pelancongan dan peruncitan. Johor Bahru kini tidak lagi hanya terkenal dengan pusat beli-belah dan destinasi makanan, tetapi turut dikenali sebagai destinasi pelancongan teknologi dan gaya hidup digital.
Menurut pemerhati industri, kehadiran pusat seperti ini berpotensi menjadikan Johor Bahru sebagai hub teknologi pengguna untuk rantau Asia Tenggara, setaraf dengan bandar seperti Bangkok dan Singapura. “Kedai seperti ini tidak hanya menjual produk, tetapi memperkenalkan ekosistem pengalaman yang menarik pelancong serantau, pencinta teknologi, malah pencipta kandungan,” kata seorang penganalisis tempatan.
Tidak dapat dinafikan bahawa pelancaran HONOR Magic V5 menjadi pemangkin utama kepada kejayaan hujung minggu pembukaan tersebut. Peranti boleh lipat ultra nipis dengan RAM 16GB dan storan 512GB, serta rekaan premium dalam empat pilihan warna menawan – Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown, dan Black – telah mendapat sambutan luar biasa.
Selain reka bentuk elegan dan bateri silikon karbon yang lebih tahan lama, ciri AI canggih untuk multitugas menjadikan Magic V5 pilihan ideal bagi profesional dan pencipta kandungan. Pembeli turut menerima hadiah eksklusif bernilai RM2,697, termasuk HONOR CHOICE Earbuds Clip, perlindungan retak selama 1 tahun dan jaminan kualiti tambahan selama 2 tahun. Tambahan pula, program tukar beli dengan rebat RM400 menjadikannya antara tawaran paling menarik dalam segmen peranti flagship boleh lipat.
Seorang pembeli awal, Farid, berkongsi pengalamannya, “Saya memang mencari telefon baharu yang sesuai untuk urusan kerja harian. Bila nampak pengumuman tentang pelancaran HONOR Magic V5 dan pembukaan kedai terbesar ini di Facebook, saya terus datang ke sini. Bukan sahaja teknologinya canggih, tapi suasananya pun sangat meriah dan interaktif.”
Dengan pendekatan yang menyatukan jualan, pendidikan teknologi dan khidmat pelanggan dalam satu ruang dinamik, HONOR menetapkan penanda aras baharu untuk industri teknologi pengguna. Kehadiran HONOR Expe



