Farhash bakal terima pangkat ‘Datuk Seri’ dari Pulau Pinang

KUALA LUMPUR- Bekas pembantu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Farhash Wafa Salvador bakal menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) daripada Pulau Pinang yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Penganugerahan itu dibuat sempena hari ulang tahun ke-84 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Pulau Pinang akan berlangsung mulai esok sehingga 30 Julai.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Law Choo Kiang pada Jumaat, lapor Malaysiakini di Pulau Pinang.

Farhash dianugerahkan darjah kebesaran itu susulan kapasitinya sebagai pengerusi eksekutif MMAG Holdings Berhad

Pihak lain dalam senarai penerima DDPPN adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Tan Sri Mohd Yussof Abdul Latiff.

Pada tahun ini seramai 150 orang akan menerima penganugerahan darjah kebesaran manakala 1,380 orang bakal menerima bintang dan pingat kehormatan.

Mereka terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan, usahawan-usahawan tempatan dan ahli-ahli badan sukarelawan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat