291,400 individu telah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Seramai 291,400 individu telah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) setakat 30 September 2026, merangkumi pelbagai kategori pendaftaran di bawah bidang kejuruteraan.

LJM ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138), bertanggungjawab terhadap pendaftaran Jurutera, Teknologis Kejuruteraan dan Pemeriksa Kerja (Inspector of Works), selain mengawal selia tatakelakuan profesional serta amalan individu yang berdaftar.

LJM dalam kenyataan berkata, pendaftaran dengan LJM merupakan sebahagian penting daripada kerangka kawal selia profesion kejuruteraan di Malaysia.

“Ia memberikan pengiktirafan rasmi terhadap status pendaftaran seseorang individu, di samping menyokong akauntabiliti profesional, amalan beretika serta pematuhan terhadap keperluan yang ditetapkan bagi profesion kejuruteraan.

“Melalui fungsi pendaftaran dan kawal selianya, LJM terus melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan amalan kejuruteraan di Malaysia dilaksanakan mengikut standard profesional yang ditetapkan, serta mengambil kira kepentingan dan keselamatan awam, ”kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat