Kalau PM berundur sebelum demo lagi bagus – Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak menyekat himpunan “Turun Anwar” kerana ini sebagai manifestasi rakyat meluahkan perasaan.

Ahli Parlimen Larut itu malah mengesyorkan Anwar supaya berundur sebelum hari demonstrasi Sabtu Ini sekiranya dirasakan perlu untuk letak jawatan.

“Bila rakyat tak puas hati timbullah perasaan nak turun himpunan Sabtu ini.Ramai nak keluar ni.

“Jangan marah kepada kami (pembangkang) sebab ini sudah ada semangat rakyat untuk bangkit.

“Rakyat bangkit ini sebab dah kumpul banyak sangat masalah ini, masalah yang terkumpul ini jadi pembakar semangat.

“Saya nak maklumkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah pun mengatakan ini perhimpunan aman jangan disekat biarkan perasaan rakyat ini.

“Kadang-kadang dari segi psikologi saya nak beritahu kepada PM biarlah rakyat meluahkan perasaan mereka… kalau mereka nak suruh kita turun, kalau you rasa terpaksa turun, turunlah . Kalau eloknya sebelum perhimpunan turun lagi bagus jadi tak payah la nak susahkan rakyat,” cadang Hamzah.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Parlimen bersama blok Perikatan Nasional (PN) pada Khamis.

Bagaimanapun, Perdana Menteri sebelum itu menegaskan protes “Turun Anwar” Sabtu ini tidak akan meranapkan Kerajaan Madani dipimpinnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat