Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan dengan satu lagi pencapaian membanggakan apabila syarikat teknologi global ini bakal melancarkan Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis terbesar di luar negara. Terletak di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru, kedai flagship seluas 2,000 kaki persegi ini dijadualkan untuk pembukaan rasmi pada 26 Julai 2025 dan bakal menjadi hab utama bagi pengguna untuk mendapatkan produk, khidmat selepas jualan dan merasai pengalaman teknologi terkini daripada HONOR.
Pembukaan kedai ini bukan sahaja menandakan peluasan operasi HONOR di Malaysia malah memperlihatkan komitmen syarikat dalam memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengguna tempatan. Ruang ini menggabungkan galeri produk interaktif, ruang servis dan sudut pengalaman eksklusif yang membolehkan pelanggan meneroka pelbagai inovasi baharu dalam ekosistem HONOR.
Sebagai meraikan pembukaan rasmi, HONOR menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan. Seramai 200 pelanggan pertama yang menyukai dan berkongsi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia serta meninggalkan ulasan Google tentang kedai baharu ini pada 26 Julai berpeluang memenangi sebuah pembersih robot. Selain itu, pelanggan yang membuat pembelian minimum RM1,000 dalam satu resit sehingga 27 Julai akan layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM40,000.
HONOR Experience Store dan Pusat Servis baharu ini bukan sekadar sebuah kedai, sebaliknya direka sebagai ruang lengkap yang membolehkan pelanggan merasai sepenuhnya inovasi jenama ini. Antara tarikan utama di kedai ini ialah ruang produk interaktif yang membolehkan pengunjung menguji dan menyaksikan kehebatan teknologi terbaharu, terutamanya HONOR Magic V5, telefon boleh lipat terkini daripada HONOR.
Menariknya, HONOR Magic V5 dipamerkan seolah-olah terapung di udara, mempamerkan kehebatan reka bentuknya yang ultra nipis dan ringan. Demonstrasi fizikal juga disediakan termasuk penggunaan bendalir bukan Newton, salah satu daripada tiga lapisan perlindungan skrin dalaman HONOR Magic V5. Pengunjung boleh menumbuk bendalir ini dan menyaksikan ia mengeras serta-merta, membuktikan daya tahan tinggi peranti tersebut. Turut dipamerkan ialah HONOR Magic V5 yang berjaya menggantungkan ‘dumbbell’ seberat 35 kilogram, memperlihatkan kekuatan luar biasa pada bahagian engsel telefon ini.
Selain itu, terdapat ruang buka-pasang yang memberikan gambaran mendalam tentang kejuruteraan dalaman peranti, termasuk paparan bateri karbon silikon yang ultra nipis dan keseluruhan struktur dalaman peranti yang direka dengan teliti bagi memastikan prestasi tinggi dalam reka bentuk yang sangat nipis. Paparan ini seiring dengan slogan HONOR iaitu “Nipis Tanpa Kompromi”.

Dalam perkembangan berkaitan, HONOR turut mengumumkan kejayaan model telefon boleh lipat terbaharunya, HONOR Magic V5 yang mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 60 peratus berbanding model sebelumnya, HONOR Magic V3, sejak tempoh pratempahan dibuka pada 15 Julai lalu. Peningkatan ketara ini menjadikan HONOR Magic V5 sebagai model pratempahan telefon boleh lipat HONOR yang paling laris setakat ini.
Keghairahan pengguna terhadap HONOR Magic V5 dipacu oleh gabungan reka bentuk ultra nipis dan ringan dengan spesifikasi berprestasi tinggi seperti kamera bertaraf flagship, jangka hayat bateri yang lebih lama serta fungsi multitugas berasaskan kecerdasan buatan (AI). Ciri-ciri ini menjadikannya pilihan utama dalam kalangan pengguna yang mahukan prestasi dan gaya dalam satu peranti.
HONOR Magic V5 akan mula dijual secara rasmi di seluruh Malaysia bermula 25 Julai 2025 dengan harga runcit RM6,999. Ditawarkan dalam empat pilihan warna premium iaitu Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black, peranti ini hadir dengan spesifikasi hebat termasuk RAM 16GB dan storan 512GB.

Lebih menarik, setiap pembelian HONOR Magic V5 akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,697. Hadiah tersebut termasuk HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Keretakan Tanpa Bimbang selama 1 Tahun, serta Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang selama 2 Tahun. Pelanggan juga boleh menikmati rebat tambahan sebanyak RM400 dengan menukar peranti lama mereka menerusi program tukar beli yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2025. Program ini tersedia di pelbagai rakan jualan termasuk Maxis, Senheng, Grand Senheng, SenQ, Urban Republic, dan Harvey Norman terpilih.
HONOR Malaysia menjemput orang ramai untuk hadir ke kedai Experience dan Pusat Servis terbaru ini di Johor Bahru untuk mengalami sendiri kehebatan teknologi terkini yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my.



