Malaysia Techlympics 2025 Zon Tengah tarik 3,000 peserta

Oleh Zihan Zari

NILAI – lebih 3,000 orang peserta dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bersaing dalam Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Tengah di Nilai Arena dekat sini, baru-baru ini.

Malaysia Techlympics merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam usaha Bagi membudayakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.

Melihat kepada kepentingan peredaran teknologi digital kepada negara, antara pengisian aktiviti dan pertandingan ini menekankan aspek teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) , pengekodan, pengkomputeran, dron dan banyak lagi sebagai wadah dan pendedahan awal bagi para pelajar dan belia dalam teknologi pesat ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Hj. Mohammad Yusof Apdal berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Tengah, dekat sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli; Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ruziah Shafei; dan Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak.

Beliau berkata program seumpama ini adalah penting untuk memberi pendedahan kepada para peserta khususnya berhubung teknologi-teknologi terkini.

Katanya, kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi melalui program-program ini boleh digunakan sebagai asas dalam meningkatkan pembangunan bakat dan sekaligus mampu menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara terutamanya bagi penghasilan inovasi berasaskan teknologi terkini demi mencapai hasrat Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

“Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) tidak terhad kepada pendidikan secara formal di dalam kelas atau bilik darjah sahaja.

“Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan melalui Malaysia Techlympics akan menggunapakai kaedah hands-on dan secara
langsung daripada pengamal serta pakar STI, ”katanya lagi.

Pertandingan ini merupakan pelaksanaan zon pertama sebelum diteruskan di Zon Selatan, Pantai Timur, Sabah, Sarawak dan Utara bagi melayakkan diri peserta ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung pada November ini

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics bolehlah melayari laman web rasmi https://www.techlympics.my/.
-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat