PM, laksanakan Titah Addendum gesa Umno Pahang

KUALA LUMPUR – Umno Pahang memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan Titah Addendum memandangkan keabsahan kewujudannya sudah diakui.

Pengerusi Umno Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, gesaan ini selaras dengan kenyataan 160 Ketua-ketua Umno Bahagian dari seluruh negara yang memohon agar Perdana Menteri melaksanakan Titah Addendum tersebut.

“Perkembangan terkini berhubung isu Datuk Seri Mohd Najib Razak bekas Presiden Umno, Umno Pahang terlebih dahulu menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengabsahkan Titah Addendum berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

“Perkara tersebut turut diperjelas melalui warkah rasmi baginda yang diutuskan kepada Naib Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Mohd Nizar Najib, yang juga anakanda kepada Najib pada 2 Disember 2024.

“Warkah baginda secara tidak langsung turut mengabsahkan afidavit yang telah dikemukakan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Naib Presiden Umno Wan Rosdy dalam prosiding mahkamah terdahulu, yang sebelum ini telah diketepikan atas alasan “hearsay”.

Sehubungan itu katanya, Umno Pahang berpandangan bahawa dengan wujudnya Titah Addendum yang telah diakui oleh pihak pendakwaan, maka adalah wajar titah tersebut dilaksanakan.

“Umno Negeri Pahang turut menyambut baik serta menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh 160 Ketua-ketua Umno Bahagian dari seluruh negara yang memohon agar Perdana Menteri melaksanakan Titah Addendum tersebut.

“Umno Pahang juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keterbukaan dan kesediaan Perdana Menteri untuk bertemu dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap isu ini,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat