KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun kelahiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke-72 tahun pada 23 Julai Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan asal usul skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Selamat hari lahir Datuk Seri Najib Razak.
“Dulu ramai yang kecam Datuk Seri ketika memulakan skim BR1M kepada rakyat, ada yang menuduh itu adalah bentuk rasuah kepada rakyat.
“Alhamdulilah hari ini ramai yang sedar bahawa itu adalah inisiatif yang terbaik dan mereka yang menuduh dahulu masih lagi melakukan perkara yang sama sehingga hari ini.
“Terima kasih Datuk Seri, rindu zaman Najib Razak,” akui Akmal.
Pada 2017 Najib menjelaskan langkah kerajaan mewujudkan skim BR1M bukan satu amalan rasuah seperti didakwa oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, Najib berkata, kerajaan Arab Saudi turut menyalurkan bantuan kewangan untuk membantu rakyatnya yang misikin, sekali gus membuktikan tindakan Malaysia memberi bantuan seumpama itu melalui BR1M bukan satu rasuah.



