120 pelajar sulung Program Asasi Teknologi Kejuruteraan POLIMAS, laluan emas ke MTUN

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

JITRA – Seramai 120 pelajar baharu telah melakar sejarah sebagai kumpulan pelajar sulung Program Asasi Teknologi Kejuruteraan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) .

Program ini buat julung kalinya di POLIMAS bertaraf Advance Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)telah menarik perhatian pelajar cemerlang SPM seluruh negara, merupakan permulaan laluan emas ke Malaysia Technical University Network (MTUN).

Pada masa yang sama, program ini turut diserikan dengan Minggu Transformasi Siswa (MTS) yang telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Ambilan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Hj. Azirin Abdul Aziz, di Dewan Seri Mas, POLIMAS dekat sini pada Isnin.

MTS dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, POLIMAS.

Azirin berkata ambilan pelajar dalam program ini merupakan kumpulan ketiga asasi teknologi kejuruteraan di peringkat nasional, dan POLIMAS kini antara institusi peneraju program berteraskan advance TVET.

“Program ini disusun khusus sebagai feeder kepada program sarjana muda teknologi kejuruteraan di MTUN .

“Ia merupakan langkah awal yang padat dengan pengisian amali dan praktikal bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia, ”katanya.

Terdahulu, Pengarah POLIMAS, Hj. Rosli Idris berkata program ini mengintegrasikan ilmu, kemahiran dan nilai (knowledge, skill & values) dalam bentuk pembelajaran yang menyeronokkan dan praktikal.

“Program ini direka khas untuk membentuk pelajar sebagai tenaga teknikal berkemahiran tinggi.

“Ia bukan sahaja menjimatkan masa pengajian, malah menyediakan platform kukuh untuk ke peringkat lebih tinggi,”katanya.

Ujarnya, kerajaan kini giat menggalakkan pelajar lepasan SPM menceburi bidang TVET memandangkan permintaan tinggi daripada industri dan potensi kerjaya yang meluas.

“Program asasi ini turut menekankan asas sains, matematik, fizik dan kimia yang relevan dengan teknologi moden, ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pendaftaran program asasi ini berlangsung dengan penuh semangat menandakan permulaan kepada sebuah perjalanan akademik yang unik dan berprestij.

Pelajar dan ibu bapa yang hadir turut diberi pendedahan menyeluruh melalui aktiviti seperti pendaftaran asrama, taklimat kampus, sesi bersama ibu bapa serta pameran pendidikan, menjadikan hari pendaftaran bukan sekadar formaliti tetapi titik permulaan pengalaman pendidikan yang luar biasa.

Pelajar yang menyertai program ini turut berkongsi keterujaan antaranya, Muhammad Akmal Azmi dari SMK Guar Nangka, Perlis.

Beliau amat gembira berpeluang besar untuk masa depannya dalam bidang teknologi kejuruteraan.

“Saya sangat teruja dan bersyukur kerana telah diberi peluang mengikuti program seistimewa ini, ”kata Nur Adriana Batrisya Mohd Helmi dari SMK Darul Ridhwan, Perak.

“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT. Di atas peluang yang diberikan ini, ‘insya-Allah’ saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, ”kata Muhammad Atiqullah Rusli dari SMK Tengku Ibrahim, Terengganu.

Antara kelebihan utama Program Asasi Teknologi Kejuruteraan termasuk, yuran pengajian yang rendah, jaminan laluan ke MTUN (bagi yang menepati syarat).

Ditambah pula, dengan pendekatan pembelajaran amali yang menyeronokkan serta kemudahan asrama lengkap serta bantuan kewangan kepada pelajar yang layak.

Selain itu, segala keistimewaan program ini bukan sekadar platform pendidikan, ia adalah lonjakan masa depan untuk pelajar lepasan SPM yang bercita-cita tinggi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi negara.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat