AGC fail notis rayuan keputusan lepas dan bebas Syed Saddiq, tegaskan bukan prejudis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada kesemua empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

AGC dalam kenyataan berkata, jabatan berkenaan menegaskan bahawa proses rayuan ini merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman yang membenarkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang lebih rendah.

Jelas AGC lagi, ia adalah amalan biasa dalam proses perundangan negara dan tidak mencerminkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

“Jabatan ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun 2025 yang telah membenarkan rayuan tertuduh, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023, serta melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada kesemua empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.

“Sebagai rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini telah mensabitkan tertuduh atas keempat-empat pertuduhan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun, dua sebatan serta denda berjumlah RM10 juta.

“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, jabatan ini telah menfailkan notis rayuan pada hari ini bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut,” katanya menurut kenyataan itu lagi.

AGC mmenegaskan, pemfailan rayuan ini bertujuan memastikan isu-isu perundangan yang timbul daripada keputusan Mahkamah Rayuan dapat diteliti dan diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan, selaras dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat