Tarif Elektrik Baharu Bukti Komitmen Reformasi Tenaga – Fahmi Fadzil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu bermula 1 Julai 2025 disifatkan sebagai satu daripada bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam melaksanakan reformasi besar sektor tenaga negara, kata Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, langkah tersebut sejajar dengan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan peningkatan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) serta pengurangan pelepasan karbon menjelang tahun 2050.

“Di bawah jadual tarif baharu ini, sebanyak 85 peratus pengguna domestik dijangka akan terus menikmati kadar elektrik yang sama atau lebih rendah, selagi penggunaan tidak melebihi 1,000 kilowatt jam sebulan bermula 1 Julai 2025,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam hari ini.

Tambah beliau, pelaksanaan reformasi tarif ini melibatkan kerjasama erat antara kerajaan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Ini membuktikan bahawa dalam membawa pembaharuan, manfaat kepada rakyat masih menjadi keutamaan,” ujar beliau.

Tarif Baharu Mulai Julai 2025

Pada minggu lalu, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia bakal menikmati struktur kadar elektrik yang lebih adil dan progresif melalui jadual tarif baharu yang akan berkuat kuasa 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027.

Tarif baharu ini dilaksanakan di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) selaras dengan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.

Menurut Suruhanjaya Tenaga, perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) melibatkan penstrukturan semula tiga komponen utama:

1. Kadar purata tarif asas
2. Jadual tarif baharu
3. Mekanisme pelarasan kos bahan api

Kadar purata tarif asas bagi tempoh ini ditetapkan pada 45.40 sen/kWj, lebih rendah berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember 2024. Ini membawa kepada penurunan purata kos tarif elektrik sehingga 19 peratus berbanding tempoh sebelumnya (RP3).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat