Portal eGUMIS JANM terima Anugerah Malaysia Public Sector Initiative of The Year

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SINGAPURA – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melakar nama di pentas antarabangsa apabila dianugerahkan Malaysia Public Sector Initiative of the Year Finance melalui inisiatif portal eGUMIS dalam GovMedia Conference & Awards yang berlangsung di Marina Bay Sand Expo & Convention Centre, dekat sini pada Khamis.

Pengarah Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) JANM, Nawiah Mohet telah menerima anugerah tersebut mewakili JANM.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan penting terhadap komitmen JANM dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui pendigitalan dan
inovasi sistem.

JANM dalam kenyataannya berkata anugerah peringkat Asia ini dianjurkan oleh Charlton Media Group Pte Ltd, bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang dan inovasi dalam pelaksanaan sistem digital oleh agensi-agensi kerajaan, khususnya yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Portal eGUMIS, yang merupakan sistem dalam talian bagi semakan dan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) telah mula diperkenalkan pada 2020.

“Sehingga 2024, hampir seramai 5.7 juta pengguna telah mendapat manfaat daripada sistem ini dalam urusan berkaitan WTD, ”kata kenyataan itu.

Katanya, transformasi digital inovatif ini bukan sahaja mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, malah memastikan tahap ketelusan, ketepatan dan kepuasan rakyat yang lebih tinggi.

“Pelaksanaan eGUMIS dengan keupayaan Proses Automasi Robotik (RPA) merupakan salah satu pencapaian di bawah Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB), sekali gus membuktikan komitmen JANM dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang responsif dan berteraskan rakyat.

“Fokus utama penambahbaikan tertumpu kepada pembangunan aplikasi mudah alih eGUMIS JANM yang membolehkan semakan WTD dilakukan dengan lebih mudah di hujung jari.

“Di samping itu, sistem eGUMIS turut diperkasakan melalui integrasi bersama agensi-agensi lain bagi tujuan validasi data secara bersepadu,”katanya lagi.

Ujarnya, penambahbaikan ini dilaksanakan secara berterusan melalui pendekatan pembangunan sistem yang tangkas dan responsif serta bagi memastikan sistem kekal relevan dan memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.

“Inisiatif ini menyokong Pelan Hala Tuju Transformasi Digital Sektor Awam Malaysia dan selari dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, membuktikan keupayaan agensi untuk bertindak balas terhadap keperluan perkhidmatan awam yang sentiasa berubah, ”ujarnya lagi. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat