Razarudin usul kepada kerajaan supaya PDRM diletak di bawah satu kementerian khusus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berdiri sendiri di bawah satu kementerian selepas dilihat menjadi agensi ketiga terbesar bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas sektor kesihatan dan pendidikan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata kertas cadangan sudah pun diangkat kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk pertimbangan.

Beliau berkata, cadangan dibawa itu merujuk kepada ‘benchmark’ agensi kepolisan antarabangsa seperti China, Brazil, Vietnam, Korea Selatan dan Brunei yang turut diletakkan di bawah satu kementerian khusus.

“Saya melihat keperluan ini sebagai suatu resolusi penting untuk memastikan PDRM terus relevan, selari dengan evolusi era globalisasi dan digital masa kini.

“Besar harapan saya bersama barisan kepemimpinan tertinggi pasukan supaya cadangan ini dapat direalisasikan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Undur Ketua Polis Negara akan berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, lapor BH pada Jumaat.

Razarudin juga optimis resolusi terbabit akan membawa kebaikan dan perubahan besar dalam memperkasakan perkhidmatan awam demi kemaslahatan bersama.

“Umum mengetahui, ketiga-tiga sektor ini hanya menaungi satu agensi tunggal di bawah satu kementerian

“Untuk itu, saya percaya keupayaan PDRM akan menjadi lebih utuh sekiranya diletakkan di bawah satu kementerian khusus,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat