Alhamdulillah, prosedur rawatan Hadi berjaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Prosedur rawatan yang dijalani Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berjaya dilaksana.

Berita gembira itu disampaikan anaknya, Khalil Abdul Hadi sebentar tadi di Facebooknya.

“Alhamdulillah prosedur yang dijalani Tuan Guru berjaya dilaksanakan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sama-sama kita teruskan doa untuk kesembuhan Tuan Guru,” tulisnya.

Sementara itu Setiausaha Politik kepada Presiden Pas Syahir Sulaiman memaklumkan, atas nasihat doktor, tiada pelawat dalam masa terdekat.

“Mohon doakan kesembuhan untuk Ayah Chik tercinta,” ujar Ahli Parlimen Bachok itu.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkait prosedur rawatan yang dijalani Hadi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat