Peminat muzik Indonesia dan pencinta suara merdu Feby Putri di Malaysia boleh bersorak gembira! Solois muda berbakat besar kelahiran tahun 2000 ini akan kembali semula ke Kuala Lumpur untuk kali ketiga berturut-turut menerusi konsert istimewa yang dinamakan “FEBY PUTRI Vol.3: HITAM PUTIH Live in Kuala Lumpur”. Konsert ini dijadual berlangsung pada Sabtu, 19 Julai 2025, jam 8:30 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Pertama kali menjejakkan kaki ke pentas Malaysia pada tahun 2023, Feby Putri terus mencuri hati para peminat dengan persembahan vokal yang memukau dan penghayatan lagu yang mendalam. Tahun berikutnya, Julai 2024, beliau kembali lagi dan berjaya “menakluk” Zepp Kuala Lumpur dengan sambutan luar biasa. Ribuan peminat mula beratur seawal jam 2:00 petang demi mendapatkan tempat terbaik di zon hadapan. Dua tahun berturut-turut berjaya menyemarakkan pentas Malaysia — sebuah pencapaian hebat bagi solois muda yang membawa kejujuran dan emosi dalam setiap persembahannya.
Konsert edisi ketiga ini bukan sekadar sambungan kepada kejayaan terdahulu, tetapi ia menandakan satu lembaran baharu dalam perjalanan muzik Feby Putri. Membawa tajuk “Hitam Putih”, konsert ini mengambil inspirasi daripada album keduanya yang penuh makna peribadi. Album ini mewakili refleksi Feby terhadap kehidupannya sebagai seorang perantau, melalui suka dan duka, jatuh dan bangun – semuanya diterjemahkan dengan jujur dalam bentuk lirik dan muzik yang khas dan sangat ‘Feby’.
Bagi peminat yang telah mengikuti perkembangan beliau sejak album “RIUH”, konsert ini merupakan peluang terbaik untuk menyaksikan gabungan kedua-dua era muzik Feby – dari lagu-lagu hit awalnya hingga ke karya terbaharu yang lebih matang dan mendalam dari segi naratif.
Konsert kali ini menawarkan pelbagai kategori tiket mengikut keselesaan dan keinginan penonton:
- HALU – RM 159 (zon belakang – berdiri)
- HITAM PUTIH – RM 189 (zon hadapan – berdiri)
- USIK – RM 209 (tempat duduk biasa)
- DIRI – RM 259 (tempat duduk premium)
- VIP BOX – RM 359 per pax (untuk 10 pax – termasuk merchandise eksklusif)
- MEET & GREET – RM 179 (sesi eksklusif bertemu Feby Putri + merchandise)
Kesemua kategori tiket boleh didapati melalui laman web rasmi agen tiket di www.ilassotickets.com/febyvol3.
Konsert ini dianjurkan oleh Miebird Projects, dengan produksi oleh Blackcat Asia dan publisiti oleh OPR Network. Dengan barisan penganjur berpengalaman, konsert ini dijangka berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman tak terlupakan kepada para penonton.
Konsert FEBY PUTRI Vol.3: HITAM PUTIH Live in Kuala Lumpur bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam. Ia adalah peluang untuk menyelami dunia Feby Putri – yang penuh warna, kontras, kejujuran, dan keindahan dalam kekeliruan hidup.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada momen luar biasa yang akan tercipta pada malam tersebut. Sama ada anda peminat lama atau baharu, konsert ini menjanjikan satu malam yang penuh magis dan kenangan manis bersama Feby Putri.
Maklumat Ringkas Acara:
- Nama Konsert: FEBY PUTRI VOL.3 – HITAM PUTIH LIVE IN KUALA LUMPUR
- Tarikh: 19 Julai 2025 (Sabtu)
- Masa: 8:30 malam
- Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
- Agen Tiket: www.ilassotickets.com/febyvol3
#FebyPutriLiveInKL #HitamPutihTour #ZeppKL #FebyVol3