1st POLYCC MalCiDAC 2025 himpun 320 Pegawai Kadet PISPA seluruh negara

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BEHRANG – Buat julung kalinya Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menghimpunkan seramai 320 Pegawai Kadet Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dalam 1st POLYCC – Malaysia Civil Defence Annual Camp And Commisioning (MalCiDAC) 2025 di Dewan Mualim Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), dekat sini pada Jumaat.

APM dalam kenyataannya berkata penyertaan Pegawai Kadet PISPA qdalam 1st POLYCC MalCiDAC 2025 bagi memupuk semangat kerja berpasukan, semangat patriotism, memperkasa kemahiran pertahanan awam pelajar serta meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesiapsiagaan bencana dalam kalangan pelajar.

“Mereka akan mengambil bahagian dalam lima kategori Kemahiran Pertahanan Awam (Civil Defence Skill Challenge) yang dipertandingkan bagi menguji kemahiran masing-masing.

“Antaranya, Kawad Kaki, Simpulan dan Ikatan, Pertolongan Cemas, Melawan Kebakaran, serta Kawad Usungan.

“Selain itu, pencambahan minda turut diadakan iaitu Program Silang Budaya bersama Civil Defence Auxiliary dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani,”kata kenyataan itu pada Jumaat.

Katanya, 1st POLYCC MalCiDAC 2025 mencerminkan kerjasama strategik antara JPPKK dengan APM dalam membentuk generasi berdaya tahan dalam kalangan pelajar institusi POLYCC.

“Selain itu, 1st POLYCC MalCiDAC 2025 merupakan program rintis kepada pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 peringkat JPPKK dalam melahirkan generasi yang bersedia mempertahankan keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara, ”ujarnya.

Medan latihan ini berlangsung selama enam hari bermula 13 hingga 18 Jun ini melibatkan penyertaan sebanyak 141 pasukan, terdiri daripada 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti dari seluruh negara.

Dalam pada itu, perasmian dan pembukaan 1st POLYCC MalCiDAC 2025 serta pelancaran logonya telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian JPPKK, Lt. Kol. Bersekutu (PA), Dr. Zamzam Mohd Walid.

Hadir sama, Pengarah PSAS, Ts. Mohd Zulkefli Ibrahim; Pengarah APM Perak, Kol. (PA) Rohaizat Hadli; Komandan PISPA Kolej Komuniti Malaysia, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Muhammad Sani Che Idris; dan Pengerusi Sekretariat PISPA Politeknik Malaysia, Kapt. (PA) Mohd Sanusi Deraman.

PSAS telah dipilih menjadi hos bersama bagi penganjuran 1st POLYCC MalCiDAC 2025 yang berprestij ini. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat