“Saya Hanya Bekerja untuk Parti, Soal Calon Terserah Kepimpinan” – Razlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan komitmennya untuk mengembalikan kekuatan UMNO di negeri Selangor, bermula dengan kawasan Sungai Besar.

Menurut beliau, pelantikan sebagai MP Angkat merupakan amanah penting bagi membantu UMNO menawan semula kawasan strategik majoriti Melayu, termasuk Sungai Besar yang pernah menjadi kubu kuat parti itu.

“Saya bersama rakan-rakan UMNO Sungai Besar diberi tanggungjawab sebagai MP Angkat untuk meneliti dan mengatur strategi bagaimana kita nak menangkan semula kawasan ini,” katanya.

Datuk Razlan yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri KKDW berkata, Selangor kini hanya menyumbang dua kerusi DUN kepada UMNO, manakala tiada satu pun kerusi Parlimen di negeri itu dimenangi Barisan Nasional dalam PRU lalu.

Kalau kita nak letakkan semula batu asas perjuangan Melayu UMNO di Selangor, kita mesti mulakan dengan satu contoh kejayaan. Sungai Besar boleh jadi titik mula, tapi bukan terhenti di situ. Kita nak bantu kawasan lain juga, termasuk Tanjong Karang, Hulu Selangor dan seluruh jajaran majoriti Melayu di Selangor.”

Beliau memuji usaha Datuk Wira Megat Zulkarnain, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, yang berjaya menghimpunkan ribuan ahli pada majlis pelancaran serentak sayap-sayap UMNO baru-baru ini.

“Itu menunjukkan akar umbi UMNO masih kuat. Bila akar umbi kita padu, mesej yang kita bawa lebih mudah sampai. Formula kejayaan kita ialah turun padang, kuatkan semangat dan beri keupayaan sebenar kepada jentera.”

Ketika ditanya mengenai peluang menjadi calon, Datuk Razlan menyifatkannya sebagai urusan ketentuan Ilahi dan menyerahkan perkara tersebut kepada kepimpinan tertinggi parti.

“Saya memang anak Sungai Besar, lahir di Pasir Panjang. Ramai keluarga saya di sana. Tapi soal calon ini kerja Allah Ta’ala. Kita orang UMNO, kalau buat kerja secara ikhlas dan fokus, insya-Allah semua tempat kita boleh menang.”

Datuk Razlan berkata demikian kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh, yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat