Konflik kerusi PH-BN di Melaka, Johor diyakini tak akan merebak ke Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perselisihan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bergolak di Melaka dan Johor berhubung kerusi pilihan raya dipercayai tidak akan merebak ke Selangor,

Ketua Penerangan PH Selangor Abbas Azmi menyifatkan hubungan antara dua gabungan itu ‘stabil’ di negeri ini, dan percaya ia antaranya kerana cara mereka mengurus perbezaan dan mengatur keutamaan.

“Soal tak puas hati, kurang berpuas hati itu kita selesaikan di meja rundingan lebih baik berbanding buat kenyataan secara terbuka yang boleh mencetuskan kontroversi,” lapor FMT pada Rabu.

Abbas menambah fokus mereka ketika ini pada memperkukuh kerajaan.

“Soal rundingan kerusi bila sampai masa kita berunding,” ujarnya.

Abbas tidak mengulas panjang perkembangan di negeri lain, memandangkan dinamik politik yang berbeza.

“Kerjasama PH-BN di Selangor ini antara yang stabil dan kita telah buktikan dalam PRN lepas dengan sikap toleransi tinggi,” kata pemimpin Amanah ini, mengambil contoh bilangan kerusi yang ditandingi partinya dan BN.

“Amanah tanding kerusi kurang dari BN. Amanah menang lima dan BN hanya menang dua tapi semua ada peranan masing-masing termasuk sebagai Exco,” katanya.

Di Selangor, PH menduduki 32 kerusi berbanding dua kerusi di tangan BN. Selaku blok pemerintah mereka berdepan 21 wakil rakyat pembangkang.

Di Johor dan Melaka bagaimanapun PH dan pembangkang merupakan minoriti.

Di Melaka BN menduduki 20 kerusi manakala PH lima kerusi, berdepan tiga pembangkang. Di Johor, 40 kerusi di tangan BN berbanding 12 milik PH, berdepan tiga pembangkang.

Pertikaian kerusi di Melaka timbul selepas sembilan cawangan DAP Melaka meluluskan strategi yang membahagikan kerusi secara sama rata antara PH dan BN.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, yang juga exco kerajaan negeri, menegaskan BN tidak akan sesekali melepaskan sebahagian kerusi, mengundang kritikan daripada DAP dan Amanah Melaka.

Di sebalik pertikaian ini, Pemuda DAP Melaka berkata DAP mesti terima dan menghormati pandangan ahli-ahlinya.

Di Johor, Amanah menggesa BN menyatakan pendirian dengan jelas sama ada PRN akan datang membabitkan pertandingan dua atau tiga penjuru.

Timbalan Pengerusi Dzulkefly Ahmad berkata ia penting bagi membolehkan PH Johor menentukan hala tuju strategik bagi berdepan PRN16, memandangkan BN dilihat tidak sedia berunding bersama PH, yang mahu dilibatkan dalam usaha membangunkan negeri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat