Presiden ikrar UMNO Sabah bebas tentukan bentuk Kerjasama politik dalam PRN – Salleh Said Keruak

- Advertisement -

KOTA KINABALU, – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa UMNO Sabah diberi autonomi penuh untuk menentukan bentuk kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak selepas menghantar pulang Presiden UMNO ke Kuala Lumpur usai lawatan dua hari ke Sabah, khususnya ke kawasan Sepanggar dan Kemabong.

“Lawatan ini bukan sekadar simbolik. Ia membuktikan bahawa semangat perjuangan UMNO masih hidup di akar umbi. Sambutan rakyat yang luar biasa menunjukkan kesiapsiagaan jentera parti di peringkat kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh berkata sambutan mesra dan penuh keikhlasan daripada rakyat Sabah memberi isyarat jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

“Ramai rakyat masih mengingati zaman pemerintahan BN yang stabil dan terancang, ketika pembangunan asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, sekolah dan kemudahan kesihatan menjadi tumpuan utama,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam suasana politik yang tidak menentu, rakyat semakin merindui kepimpinan yang mampu menyatupadukan pelbagai kaum dan agama, yang menurutnya telah dibuktikan oleh UMNO sejak sekian lama.

“UMNO dan BN bukan parti baru. Kita ada rekod pencapaian yang terbukti, struktur organisasi yang tersusun dan pengalaman luas dalam mentadbir. Rakyat sudah muak dengan janji-janji manis yang tidak ditepati,” ujarnya.

Tambah beliau, kenyataan Presiden UMNO untuk memberi autonomi penuh kepada kepimpinan tempatan dalam menentukan rakan kerjasama menjelang PRN adalah satu penghormatan dan sejajar dengan semangat autonomi Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

“PRN kali ini bukan sekadar pertandingan parti, tetapi soal menentukan masa depan Sabah kestabilan politik, pembangunan menyeluruh dan pembelaan rakyat. UMNO dan BN, bersama rakan dalam Kerajaan Perpaduan, bersedia memikul tanggungjawab ini dengan keikhlasan dan kesungguhan,” katanya. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat