Kerjasama BN-PH adalah tekad untuk jaga kepentingan rakyat mendahului kepentingan politik – Bung Moktar

- Advertisement -

Kota Kinabalu, – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyatakan kesediaan penuh untuk bergerak seiring dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17), selaras dengan keputusan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi kedua-dua gabungan di peringkat pusat.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu mencerminkan kematangan politik dan iltizam bersama untuk meletakkan kepentingan rakyat serta kestabilan negeri mengatasi segala perbezaan.

“Realiti politik hari ini menuntut kematangan dan keikhlasan dalam membina kestabilan. Demi masa depan negeri, kita memilih untuk berganding bahu bukan sekadar untuk menang pilihan raya, tetapi untuk membina Sabah yang lebih baik dan terurus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, rundingan berkenaan pengagihan kerusi dan strategi bersama akan diuruskan oleh kepimpinan negeri BN dan PH, dengan semangat muafakat seperti yang digariskan oleh pimpinan tertinggi kebangsaan.

“Kami menghormati proses ini dan akan memastikan setiap keputusan dimuktamadkan dengan semangat muafakat,” katanya.

Bung Moktar turut menegaskan bahawa jentera BN Sabah akan digerakkan sepenuhnya di semua peringkat, dengan tekad untuk menghadapi PRN17 sebagai satu pasukan yang bersatu, matang dan berwibawa.

“Kita bukan sahaja mahu menang, tetapi kita mahu menang dengan maruah dan mandat rakyat yang tulen,” tegasnya.

Beliau menambah bahawa UMNO Sabah percaya kestabilan hanya boleh dicapai sekiranya kuasa digunakan dengan amanah dan politik diamalkan dengan adab serta matlamat yang jelas untuk rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi.

“Kita telah belajar daripada masa lalu, dan hari ini kita bersedia untuk membina masa depan bersama,” katanya.

Mengakhiri kenyataan dengan laungan keramat “Radu Tatap Radu,” Bung Moktar memberi isyarat bahawa UMNO dan BN Sabah kini bersiap siaga, berpadu tenaga ke arah sebuah Sabah yang lebih stabil dan inklusif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat