JKM PUO Perkasa Pelajar Luar Bandar Melalui Inisiatif TVET

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KAMPAR – Politeknik Ungku Omar (PUO) melalui Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) memperkasakan pelajar luar bandar melalui inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan melaksanakan program khidmat komuniti ‘PUO MechCare: Empowering Sahom Through TVET’ di Sekolah Kebangsaan Sahom, dekat sini baru-baru ini.

PUO menerusi kenyataannya berkata inisiatif ini memperkenalkan TVET kepada pelajar sekolah rendah luar bandar melalui pendekatan interaktif dan menyeronokkan bagi menyemai minat awal dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.

“Aktiviti bengkel yang menarik ini diketuai oleh Pensyarah Kanan JKM, Nur Raihana Sukri selaku Pengarah Program.

“Antaranya, aktiviti Simulasi Kimpalan yang dikendalikan oleh Pensyarah, Ismaniza Ismail dengan kerjasama Pengarah Urusan Weldmart Technology Sdn. Bhd., Edward Leong yang juga ahli Jawatankuasa Penasihat Industri PUO dan Panel Penasihat Industri bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, ”kata kenyataan itu.

“Pelajar turut didedahkan kepada teknologi percetakan 3D dalam Bengkel 3D Printing yang dikendalikan oleh Pensyarah Kanan, Khairul Nizad Panior dan Siti Asma’ Baharudin.

“Selain itu, aktiviti Kit Kawalan DC Asas pula membolehkan pelajar memahami konsep asas elektrik melalui sesi membina litar menggunakan kit khas yang direka oleh Pembantu Makmal JKM, Rosedi Che Ros dan disokong oleh Pensyarah Utama, Ts. Yeoh Poh See.

“Bengkel-bengkel ini telah mendapat sokongan penaja daripada Weldmart Technology Sdn. Bhd., Yayasan Perak, dan Jaringan Permata Enterprise, ”katanya lagi.

“PUO juga melaksanakan Program Baik Pulih Tiang Gol padang sekolah yang diketuai oleh Pensyarah bertauliah CSWIP Visual Welding Inspector, Ts. Mohd Fahmi Kamaruddin.

“Di bawah seliaan mereka, tiang gol diperiksa, dibaiki dan dicat semula demi menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar.

“Ianya telah mendapat sokongan daripada RESQ Asset Sdn. Bhd. dan Foong Keong Enterprise yang menyumbangkan bahan serta kepakaran teknikal.

Dalam pada itu, program ini juga mendapat sokongan daripada Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Zanidah Ithnin dan Ketua JKM PUO, Mohd Saiful Saleh yang terlibat secara aktif sepanjang program berlangsung.

Zanidah berkata inisiatif ini membuktikan komitmen PUO dalam pendidikan inklusif dan TVET berupaya memberi inspirasi dan memperkasa masyarakat.

“PUO MechCare terus menjadi platform penting bagi pembelajaran berasaskan pengalaman dan kerjasama erat dengan komuniti luar bandar.

“PUO komited untuk terus memperkasa masyarakat melalui pendidikan teknikal yang inklusif, mampu milik dan berimpak tinggi, ujarnya. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat