KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang diedarkan hari ini.
KPM dalam kenyataan pada Khamis menegaskan, kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.
“Tindakan tegas dan serta merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.
“Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.
“Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan,” kata KPM.
Dalam paparan berkenaan kelihatan suasana di dalam bilik darjah dengan pada bahagain depan tergantung Bendera Malaysia yang salah, di mana jalur berada di bawah bulan dan bintang.
Jalur pada bendera berkenaan juga dipapar tidak cukup 14.