Anwar Ibrahim Sampaikan Takziah atas Pemergian Pope Francis, Suara Moral Dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan dukacita mendalam atas pemergian Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Francis, sambil mengenang tokoh itu sebagai “suara moral” yang membawa mesej belas kasihan, keadilan dan kerendahan hati dalam dunia yang penuh pergolakan.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau, Anwar menyifatkan Pope Francis sebagai pemimpin spiritual luar biasa yang bukan sahaja merupakan paus pertama dari Global South, malah menjadi simbol perjuangan untuk perpaduan antara agama, penjagaan alam sekitar, dan maruah golongan tertindas.

“Pope Francis adalah seorang pejuang damai yang teguh, dan usahanya membina jambatan antara kepercayaan dan budaya mendapat penghormatan ramai, termasuk dalam dunia Islam,” ujar Anwar.

Beliau turut menekankan kepekaan Pope Francis terhadap isu kemanusiaan, khususnya penderitaan rakyat di Gaza, yang menjadi bukti keprihatinannya melangkaui sempadan agama dan geografi.

“Beliau bersuara dengan kejelasan moral mengenai penderitaan besar di Gaza, mengingatkan dunia bahawa kita mesti menunjukkan belas kasihan yang sama kepada semua mangsa keganasan, di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Pope Francis juga diingati sebagai tokoh yang memperjuangkan hak pelarian dan migran, menyeru agar komuniti antarabangsa bertindak dengan penuh kemanusiaan dan hati nurani terhadap mereka yang terpinggir.

Mengimbas kenangan peribadi, Anwar berkata beliau berpeluang bertemu Pope Francis ketika awal pentadbirannya di Vatican, satu pertemuan yang meninggalkan kesan mendalam.

Beliau turut memetik kata-kata William Shakespeare untuk menggambarkan ketokohan paus tersebut:

“His life was gentle, and the elements so mix’d in him that Nature might stand up and say to all the world, ‘This was a man.’”

Anwar mewakili Kerajaan dan rakyat Malaysia, menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh penganut Katolik di dunia, terutamanya komuniti Katolik di Malaysia.

“Semoga legasi beliau terus mekar,” tambah Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat