Anwar bukan anti-kerajaan dan penjenayah, jangan letak bawah TCO, rayu Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin memohon kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak meletakkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di bawah kawalan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO).

Hal ini tegas Hamzah, Anwar bukan penjenayah dan bukan anti kerajaan.

“Saya baru sahaja kembali dari luar negara atas urusan rasmi. Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang telah mengarahkan semua TCO ditarik balik.

“Saya telah dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas di Imigresen sebelum berlepas,” ujar Hamzah.

Ketua Pembangkang itu berkata, apabila perkara ini dibangkitkan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya juga mengalaminya sejak tahun lepas.

Namun, bila Perdana Menteri kata beliau pun “ada dalam senarai TCO ia amat mengejutkan saya.

“Maka bagi pihak rakyat, saya mohon kepada PDRM jangan sesekali lakukan ini ke atas Perdana Menteri, kerana beliau bukan penjenayah dan bukan anti kerajaan,” rayu Hamzah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menjelaskan, nama beliau juga diletakkan di bawah kawalan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh pihak berkuasa negara.

Katanya, semua orang kenamaan yang berada di negara ini turut tersenarai dalam kawalan sama.

Samsuri mendakwa beliau dilabel sebagai individu di bawah status TCO dalam sistem kawalan sempadan sehingga panggilan telefonnya diawasi.

Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mendakwa, situasi itu sudah berlaku sejak pertengahan tahun lalu.

Dakwanya, langkah berkenaan menjadikan beliau seolah-olah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gangster atau berstatus persona non grata (tidak dikehendaki) di tanah air sendiri.

Dakwanya, status itu membolehkan segala pergerakan, komunikasi dan interaksi seseorang dipantau dengan senyap, dibuat secara menyeluruh dan berterusan.

Beliau mendakwa, ia dilaksanakan atas nama ‘untuk keselamatan negara’ atau ‘untuk kestabilan politik’ tetapi realitinya sering diguna bagi mengumpul maklumat politik pihak lawan sebagai usaha menekan suara tertentu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat