Litter Free@PUO Kumpul Barangan Kitar Semula Lebih 4 Tan

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Program ‘Litter Free@PUO’
berjaya mengumpulkan barangan kitar semula sebanyak lebih 4 tan yang berlangsung di Dataran Premier Politeknik Ungku Omar (PUO) dekat sini, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan PUO berkata program anjuran Fakulti Perniagaan dan Perakaunan yang mengetengahkan inisiatif pengumpulan barangan terpakai berkonsepkan ‘tukar barangan kepada tunai’ melibatkan warganya selain komuniti sekitar.

Menurutnya, aktiviti utama selama dua hari itu melibatkan kutipan barangan seperti pakaian terpakai, minyak masak terpakai, kertas, plastik dan e-waste (sisa elektronik).

Dari segi kutipan barangan yang berjaya dikumpulkan sepanjang program antaranya, minyak masak terpakai sebanyak 219.3 kilogram (kg) pada hari pertama, dan 133.5 kg dapat dikumpulkan pada hari kedua.

E -waste pula sebanyak 128.92 kg, pakaian terpakai (3.4 tan), manakala kertas dan plastik pula sebanyak 93.99 kg pada hari pertama, dan 97.8 kg pada hari kedua.

Menurutnya lagi, jumlah keseluruhan pengumpulan barangan kitar semula adalah sebanyak 4,073.51 kg.

“Pencapaian program yang julung kali diadakan ini amat membanggakan dan disifatkan sebagai satu permulaan yang positif ke arah merealisasikan kampus hijau.

“Inisiatif ini seiring dengan hasrat pengurusan tertinggi PUO untuk menyokong Sustainable Development Goals (SDGs), khususnya SDG 3: Good Health and Well-Being; SDG 13: Climate Action; dan SDG 14: Life Below Water.

“Selain itu, SDG 15: Life on Land; SDG 16: Peace, Justice, and Strong Institutions; dan SDG 17: Partnerships for the Goals,”katanya.

“Secara keseluruhannya penganjuran program ini telah menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

“Ianya turut meningkatkan kesedaran sivik dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar serta komuniti terhadap amalan pengurusan sisa yang mampan, ”katanya lagi.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PUO, Amirrudin Samsudin.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Dalam pada itu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah telah mengadakan sesi perkongsian ilmu menerusi ‘Wacana Ilmu: Misi Bumi Lestari’ berserta aktiviti interaktif melibatkan peserta program. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat