Sel kanser di paru-paru Jamal Yunos merebak ke otak saiz 3cm

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR- Tahap kesihatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos merosot dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Ampang.

Jamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan beliau dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu.

“Sebelum itu, saya mengalami kesakitan di leher dan kepala ketika memasak di rumah.

“Selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnet (MRI), doktor mendapati sel kanser yang sebelum ini di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar tiga sentimeter (cm),” memetik laporan BH pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mendoakannya segera sembuh daripada penyakit dideritai itu.

Terdahulu, media melaporkan Jamal beberapa kali dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan untuk kanser paru-paru tahap empat.

Kesihatan beliau merosot sejak September 2022, menyebabkan beliau berada dalam keadaan lemah dan kehilangan berat badan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat