Pertandingan Ratu dan Raja Cantik Kemboja Jadi Tular, Peserta Dikritik “Biasa-Biasa”

- Advertisement -

PHNOM PENH – Pertandingan ratu dan raja cantik Miss & Mister Majestic Kemboja mencetuskan sensasi di media sosial selepas gambar peserta lelaki yang dikatakan “biasa-biasa” tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Pemenang Mister Majestic 2025 akan mewakili Kemboja ke pertandingan Mister Universe peringkat antarabangsa. Namun, apa yang mencuri perhatian ramai bukanlah kehebatan peserta, tetapi rupa paras mereka yang dianggap tidak memenuhi standard pertandingan kecantikan lelaki.

Bulan lalu, penganjur telah mendedahkan foto perkenalan bagi 17 peserta lelaki yang bertanding untuk gelaran Mister Majestic. Namun, berdasarkan maklum balas daripada netizen Kemboja, ramai berpendapat bahawa peserta-peserta tersebut kelihatan terlalu biasa dan tidak menepati jangkaan untuk pertandingan sebesar ini.

Gambar tular yang dimuat naik oleh pihak penganjur pada Februari lalu menunjukkan peserta lelaki bergambar tanpa baju, dengan badan mereka disapu minyak dan dihiasi glitter emas. Sesi fotografi yang sepatutnya kelihatan seksi itu akhirnya menjadi bahan jenaka netizen yang mempersoalkan rupa paras peserta.

Lebih mengejutkan, laporan media tempatan bulan ini menyebut bahawa salah seorang peserta yang mempunyai undian tertinggi dan berpotensi memenangi gelaran Mister Majestic, Lai Thai, mempunyai kecacatan mata yang jelas akibat strabismus (juling). Walaupun mempunyai kekurangan fizikal, Lai Thai tetap menerima sokongan padu daripada peminat, muncul dalam iklan penaja rasmi, dan berkemungkinan besar akan mewakili Kemboja di pentas Mister Universe peringkat antarabangsa.

Berikutan kecaman dan sindiran di media sosial, pihak penganjur Miss & Mister Majestic tampil memberi penjelasan bahawa pertandingan ini bukan semata-mata menilai kecantikan fizikal, tetapi turut mengambil kira bakat serta keyakinan diri peserta.

Fenomena ini bukan sahaja mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen Kemboja, malah media Vietnam turut melaporkan pertandingan ini dengan menekankan rupa paras peserta yang dianggap kurang menepati piawaian pertandingan raja cantik.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat