Belum selesai siasat dah anggap Ismail Sabri suspek, banyak perkara aneh -Hassan Karim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Ismail Sabri sekarang ini terserlah kepincangan yang nyata yang melanggar etika professional sebuah agensi penguatkuasa.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim juga kurang senang apabila siasatan belum selesai tetapi Ismail Sabri telah awal-awal lagi dianggap suspek.

“Saya pernah dilantik oleh Yang diPertuan Agong untuk menjadi anggota Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) bagi memantau perjalanan SPRM. Jadi, saya lihat banyak perkara yang aneh yang dilakukan oleh SPRM dalam hal proses penyiasatannya terhadap bekas Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri

“Siasatan belum selesai tetapi DSIS telah awal-awal lagi dianggap suspek. Kalau suspek bermakna SPRM telah menangkap Ismail Sabri tetapi beliau belum lagi ditahan.

“Orang yang dipanggil untuk siasatan digelar OYDS iaitu orang yang disaman bukan ditangkap.Jika SPRM berkata kepada Ismail Sabri, anda ditangkap maka barulah beliau dipanggil suspek.Apabila dituduh di Mahkamah maka dipanggil OKT orang kena tuduh,” jelas Hassan.

Beliau yang juga pengamal undang-undang berkata lagi, pendedahan bahan bukti atau evidence lazimnya dibuat ketika perbicaraan, tetapi dalam kes Ismail Sabri ini siasatan belum selesai tetapi bahan bukti telah dipamerkan dalam sidang media.Apa tujuannya?

“Investigation papers atau kertas siasatan belum lagi SPRM hantar ke Pejabat Pendakwa Raya.Tetapi Ismail Sabri telah dibicarakan di media massa dan media sosial.Apa tujuannya?

“Inikah modus operandi baru? Bukan trial in court of justice tetapi trial by media oleh government agency?

“Saya menyokong penuh usaha Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah. Dalam nafas yang sama sebagai ahli parlimen yang pernah menduduki JKMR saya penuh yakin atas keupayaan SPRM untuk melaksanakan tugasnya secara professional.

“Tetapi di dalam penyiasatan yang dijalankan oleh SPRM ke atas Ismail Sabri sekarang ini terserlah kepincangan yang nyata yang melanggar etika professional sebuah agensi penguatkuasa.

“Saya berharap dalam usaha kita semua termasuk SPRM untuk membanteras rasuah maka SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasa yang bidang tugasnya untuk melakukan siasatan sahaja jangan terbawa-bawa untuk melaksanakan pendakwaan pula yang terletak di bawah bidang kuasa Pendakwa Raya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat