PEKAP santuni lebih 600 anak anak Pahang di ibu kota dalam Majlis Iftar Ramadan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi mengukuhkan perpaduan anak-anak Pahang, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan serta sumbangan asnaf PEKAP 2025 malam tadi.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abd Razak yang mewakili Menteri Besar Pahang berkata, PEKAP merupakan platform penting dalam menyatukan masyarakat Pahang yang tinggal jauh dari kampung halaman serta memastikan kebajikan mereka terpelihara.

“PEKAP kini berkembang menjadi sebuah organisasi yang berperanan besar, seramai hampir 4,000 orang ahli.

“Saya melihat PEKAP telah melalui pelbagai cabaran dan evolusi, menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, tetapi tetap teguh berpegang pada matlamat asalnya membantu, menyatukan, dan memperkasakan masyarakat Pahang di perantauan,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam majlis yang sama, Yang di-Pertua Pekap, Datuk Azman Shah Abdullah pula berkata, PEKAP menjadi wadah dalam menyediakan bantuan kebajikan, menyatukan komuniti, serta membuka peluang bagi ahlinya dalam pelbagai aspek kehidupan.

“PEKAP telah berakar umbi sejak tahun 1966, menjadikannya sebuah organisasi yang telah bertahan selama 59 tahun dalam menjaga kebajikan serta mengukuhkan perpaduan anak-anak Pahang yang berhijrah ke ibu kota.

“PEKAP menyediakan bantuan khairat kematian bagi ahli seumur hidup dengan nilai RM2,000, satu bentuk sokongan yang amat bermakna buat waris yang kehilangan insan tersayang.

“Selain itu, PEKAP turut membantu dalam kes-kes kesihatan seperti rawatan penyakit kronik, kemasukan ke wad hospital, serta sokongan kewangan kepada mereka yang pertama kali menunaikan haji,” katanya.

Untuk rekod, pada 23 Februari 2025 yang lalu PEKAP telah mengadakan Pemilihan Barisan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2025-2027, bertempat di Ballroom MPAJ Convention Centre Melawati Kuala Lumpur.

Seramai seribu ahli telah membuang undi bagi memilih jawatan-jawatan Yang DiPertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua serta 10 JawatanKuasa Induk PEKAP.

Dengan semangat baharu dan iltizam yang tinggi, barisan kepimpinan PEKAP sesi 2025 – 2027 terdiri daripada Yang Dipertua, Datuk Azman Shah Abdullah, Timbalan Yang Dipertua, Dato’ Abdul Razak Idris, Naib Yang Dipertua, Tuan Herman bin Awang berserta 10 Ahli Jawatankuasa PEKAP.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat