SHAH ALAM — Syarikat korporat Bumiputera, Pintas Utama Sdn. Bhd. (Pintas Utama) menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor di di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong semalam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima penyerahan zakat tersebut daripada Pengerusi Eksekutif Pintas Utama, Tan Sri Ir. Zainudin Karjan.
Tan Sri Ir Zainudin berkata, sumbangan zakat itu adalah bagi membantu asnaf dan golongan yang memerlukan selaras dengan agenda pembangunan ummah.
“Pintas Utama akan terus menjalankan inisiatif atas keprihatinan bagi menyumbang semula kepada pembangunan sosioekonomi khususnya di Selangor.
“Seperti yang kita semua maklum, zakat merupakan rukun Islam keempat dan telah difardhukan kepada umat Islam” katanya.
Upacara penyerahan tersebut diadakan bersempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri.
Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menunaikan solat fardu Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah.