Hospital Kota Kinabalu, Sandakan sesak sehingga ‘mengeluarkan air mata’ – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan mempertimbangkan pembinaan hospital tambahan di Kota Kinabalu dan Sandakan akibat kesesakan di hospital sedia ada.

Lebih mendukacitakan apabila beliau menggambarkan hospital kerajaan yang terlalu padat kini tidak mampu menampung pesakit sehingga ‘mengeluarkan air mata’ kerana perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan rawatan.

“Kalau kita pergi ke Jabatan Kecemasan, keluar air mata melihat penuh sesak, yang sudah sakit menunggu lama, bukan tambah sihat tapi bertambah sakit

“Soal kesihatan di sabah ini hospital Sandakan dan kota Kinabalu, Sandakan penuh sesak.

“Sudahlah sesak kekurangan fasiliti, kekurangan doktor pakar, bila ada penyakit kronik dihantar pula ke Kota Kinabalu, perlu buat temu janji lagi, sudah sakit teruk baru dapat tiga minggu, satu bulan dua bulan,” katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Parlimen hari ini.

Selain itu beliau turut meminta agar kerajaan menyediakan tenaga doktor pakar tambahan selain fasiliti yang lengkap di dua daerah berkenaan agar tidak ada masalah kesesakan dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Binalah hospital baru di Sandakan dan hospital tambahan di Kota Kinabalu, sebab sudah tidak menampung, apabila tidak menampung penuh sesak, inilah berlaku ketika ini,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat