Adik Zahid masuk Pas tak kudiskan Umno, Hakim bukan ‘heavyweight’ – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak hairan siapa keluar parti sebaliknya parti itu memiliki kekuatan sendiri di bawah naungan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi malah menegaskan penghijrahan adik lelaki kepada Presiden Umno, Datuk Hakim Hamidi daripada parti diterajui abangnya kepada Pas tidak mengkudiskan Umno memandangkan beliau bukanlah ‘heavyweight’.

“Umno tidak hairan Hakim masuk Pas. Umno jalan terus.

“Lagipun, Hakim bukan ‘heavyweight’. Mungkin pandai berniaga. Pas jangan lebih sudu dari kuah,” bidas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu pada Rabu.

Puad bahkan mendakwa, tidak ada apa dalam Pas baik manis iman, survival politik atau perjuangan Islam.

“Umno tidak hairan siapa keluar parti. Di bawah Zahid, Umno punyai bargaining power sendiri,” tegas beliau.

Puad berkata demikian mengulas kenyataan Pas bahawa “Hari ini dalam sejarah” bila Hakim Hamidi adik Presiden Umno sertai Pas.

“Sepatutnya yang lebih layak terima pujian itu ialah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau Tan Sri Annuar Musa. (Kerana) mereka berdua bekas Naib Presiden dan Setiausaha Agung Umno.

“Parti lain rileks apabila terima orang baru. Nik Omar Nik Abd Aziz tanding atas tiket Amanah di DUN Cempaka 2018. PRU15 dia bertanding pula di Parlimen Pasir Salak atas tiket PKR.

“Presiden Pas Datuk Asri Muda jadi ahli Umno dari 1989 hingga dia meninggal dunia tahun 1992. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali bekas ahli Parlimen Kuala Nerus juga menyertai Umno. Dia bekas Setiausaha Dewan Ulamak Pas dan Menteri Komoditi.

“Mad Tyson (Muhammad Muhamad Taib) kembali kepada Umno. Kita tunggu Annuar Musa. Apa Pas dapat daripadanya (Annuar). Kalah lagi teruk di Nenggiri,” tempelak Puad lagi.

Semalam, adik Zahid iaitu Hakim Hamidi secara rasmi menyertai Pas sekali gus berpaling daripada parti Umno yang diterajui abangnya.

Menjelaskan rasional tindakannya meninggalkan Umno sedangkan beliau adik kepada Timbalan Perdana Menteri Hakim berkata, perubahan Umno yang mendesak beliau untuk angkat kaki.

“Kini keadaan sudah berubah, Umno yang dulu menjaga hak Melayu dan agama Islam dengan tegas, kini semakin lemah. Kekuatan Melayu semakin terhakis, dan agama Islam sering kali dipermainkan oleh individu-individu tertentu.

“Saya melihat Umno sudah tidak lagi seperti zaman saya. Kepercayaan saya pada perjuangan asal Umno mula pudar.

“Inilah yang membuatkan saya kembali kepada akar perjuangan keluarga saya – kembali kepada Pas,” jelas Hakim dalam kenyataan media.

Beliau bahkan yakin hanya Pas yang masih mampu mempertahankan hak Melayu dan kedaulatan Islam di tanah air ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat