Pasukan petugas khas ditubuh, pulih kanak-kanak GISB di Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan Negeri Selangor sudah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas dalam usaha memulihkan kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam & Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah, berkata pasukan khas itu ditubuhkan berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2 Oktober lalu yang dipengerusikan Oleh beliau sendiri bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil serius mengenai kebajikan kanak-kanak dan kelompok rentan.

“Oleh itu, sebuah task force (pasukan petugas) sudah dibentuk di peringkat kerajaan negeri Selangor untuk meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang dijumpai di rumah-rumah amal GISBH di Selangor baru-baru ini.

“Pasukan khas ini akan dianggotai pada peringkat awal ini oleh wakil-wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Pasukan ini turut dianggotai oleh pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak, Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dan Yayasan Selgate,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Muhammad Fahmi berkata, pasukan ini akan memberikan tumpuan kepada kaedah-kaedah pemulihan bukan sahaja isu-isu aqidah tetapi juga kebajikan, isu kesihatan dan perkembangan mental serta fizikal kanak-kanak berkenaan.

“Ini bagi memastikan kanak-kanak ini dapat dipulihkan dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat walaupun selepas tempoh pemulihan rasmi selama enam bulan ini.

Jelas beliau, mesyuarat pertama pasukan khas ini akan berlangsung pada 11 Oktober ini.

Media sebelum ini melaporkan, dalam Op Global pada 11 September lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat