Sebuah syarikat Perkhidmatan Haji dan Umrah yang cukup dikenali, Juara Travel & Tours Sdn Bhd (JUARA) telah mengambil pendekatan strategik bagi usaha mengukuhkan lagi kedudukan mereka di dalam industri pelancongan di negara ini.
Juara Travel telah menaik tarafkan mutu perkhidmatan mereka di dalam memastikan perjalanan semua jemaah Haji dan Umrah dalam keadaan yang cukup memuaskan bagi mendapatkan kepercayaan bakal- bakal haji yang telah memilih Juara Travel sebagai agensi pengelola mereka.
Syarikat yang telah beroperasi selama lebih 20 tahun itu kekal komited dan optimis dalam segala rancangan yang akan dilaksanakan bertepatan dengan slogan ‘JUARA Pilihan Kami’ untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.
Pengarah Urusan, Hajah Rosnah Wagino cukup berkeyakinan dalam setiap perancangan yang telah disusun rapi serta usaha yang berterusan dalam memacu perkembangan syarikat yang kini berkembang pesat di seluruh negara.
“Pada musim haji tahun ini, JUARA akan membawa seramai 220 jemaah dan menyediakan persiapan yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka.
”Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti” katanya.
Beliau yang ditemui ketika program Kursus Haji Perdana 1445H di Port Dickson itu menambah, Juara Travel & Tours adalah antara syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) menyediakan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.
“JUARA juga syarikat pengendali pakej umrah dengan servis terbaik, kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, ada yang perlu jalani dialisis namun ingin ke tanah suci juga tetap kami terima kerana kerjasama dengan pihak hospital disana untuk menguruskan jemaah ini.
“Dengan pakej bermula RM6990, kami menyediakan khidmat pembimbing untuk menyantuni para jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah” tambahnya lagi.
Syarikat JUARA Travel juga menerima kesan berikutan penularan pandemik covid 19 pada tahun 2020 hingga 2022 yang mengakibatkan 4000 jemaahnya terkandas dan tidak boleh ke tanah suci.
“Ketika itu, ianya satu ujian besar kepada saya apabila suami saya meninggal dunia akibat covid 19 dan dalam masa sama seramai 4000 jemaah kami tidak boleh berangkat ke tanah suci.
“Amanah yang ditinggalkan arwah suami itu membakar semangat untuk saya berusaha mempertahankan syarikat terus beroperasi di kala banyak bisnes terpaksa tutup.
“Alhamdulillah, waktu itu Juara Travels berjaya menguruskan 4000 jemaah terkandas tanpa masalah” katanya lagi.
Syarikat JUARA Travel juga turut menyediakan perkhidmatan pelancongan luar negara antaranya, Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.
JUARA Travel kini mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak Taman Nirwana, Ampang. JUARA Travel sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji.