MP, ADUN di Kelantan dah dapat peruntukan, mungkin dijanji habuan kemudahan tertentu – Mohd Amar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak sepatutnya ahli Parlimen atau ADUN Perikatan Nasional (PN) dari Kelantan beralih sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal ini kerana, jika niat hendak menolong rakyat mereka ini mendapat peruntukan di bawah kerajaan negeri yang ditadbir PAS, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan secara individu itu dipercayai berkepentingan peribadi bahkan beralih sokongan tersebut tidak sepatutnya berlaku khususnya di Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

“Misalnya Ahli Parlimen Gua Musang, beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri yang mendapat peruntukan di bawah kerajaan negeri Kelantan.

“Jadi tak berbangkitlah kalau kata kerana nak tolong rakyat, kerana bagi saya hanya sebagai alasan saja untuk untuk keluar daripada parti selain lebih kepada ada kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau turut mengakui kemelut yang terjadi bukan sahaja menjejaskan imej Bersatu Kelantan tetapi juga Perikatan Nasional (PN) sekali gus akan menjejaskan keyakinan pengundi.

“Kita dengar banyak cerita mereka dijanjikan kemudahan-kemudahan tertentu, cuma kita tidak ada bukti yang jelas tetapi berasakan cerita itu betul.

“Sebab itu dulu kita sebut kepada pimpinan Bersatu cari calon yang bagus dan boleh dipercayai, tetapi mungkin masa itu mereka tidak ada calon yang baik,” katanya.

Berkait kerusi jika berlaku pilihan raya kecil (PRK) di kesemua negeri terlibat kerana kekosongan, Mohd Amar menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa parti yang akan membincangkannya.

“Untuk masa akan datang Bersatu kena pastikan calon mereka boleh tahan uji.

“Kami sebagai parti PAS tak ada masalah namun dalam konteks PN itu ada sedikit calar sebab Bersatu ini mewakili PN, tetapi kita rasa calar itu tidaklah terlalu serius,” lapor Sinar Harian di Kelantan.

Dalam pada itu, tambah beliau hubungan antara PAS dan Bersatu tidak terjejas walau berdepan kemelut enam ahli Parlimen yang beralih pendirian menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Mohd Amar mengakui hubungan kedua-dua parti masih diteruskan seperti biasa dan menegaskan perkara yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.

“Hubungan kami dalam PN masih seperti biasa kerana yang bermasalah ini adalah individu dan bukan parti.

“Bersatu tetap kekal bersama kami. Individu-individu ini kena tunggu pilihan raya dan mereka akan dihukum oleh rakyat kerana mengkhianati mandat diberikan,” katanya.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar itu ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat