Stesen pemampat Petronas RM650 juta dibina di Jeram, Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Petronas Gas Bhd (PGB) telah meluluskan keputusan pelaburan akhir (FID) untuk pembinaan projek stesen pemampat baharu di Jeram, Selangor dengan jumlah kos pelaburan tidak melebihi RM650 juta.

PGB berkata projek itu memerlukan pembinaan stesen pemampat baharu yang terdiri daripada dua unit pemampat gas untuk meningkatkan kapasiti Utiliti Gas Semenanjung (PGU) III di wilayah Utara.

“Pembinaan pemampat baharu itu dijangka memenuhi peningkatan permintaan gas pada masa hadapan mulai tahun 2026 dan seterusnya dan disasarkan siap pada 2026,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat lapor Bernama.

PGB berkata ia menjangka untuk membiayai projek itu dengan dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman luar, perkadaran akhir sumber pembiayaan akan ditentukan selepas mempertimbangkan, antara lain, keperluan tunai dalaman, tahap kadar hutang, kos faedah dan keadaan pasaran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat