Jika nanti ada enam PRK, Umno tak menang ini jelas rakyat tawar hati – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu berhubung pelucutan keahlian bagi ahli Parlimen yang menyokong pihak lawan maka akan ada enam Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dijalankan.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, majoriti daripada enam kerusi berkenaan adalah kerusi Umno sebelum ini.

“Mereka (enam ahli Parlimen) tak keluar dari Bersatu tapi metreka telah mengumumkan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

“Jadi secara asasnya mereka dah berhijrah, cuma mereka tak keluar dari parti kerana mereka tak nak digugurkan sebagai ahli Parlimen.
Ini meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan yang agak sukar kerana mereka dah hilang enam orang walaupun masih lagi atas nama Bersatu.

“Tapi sebenarnya jiwa dan raga mereka sudahpun dimiliki oleh Anwar walaupun jasad mereka masih lagi Bersatu. Jadi apa yang Muhyiddin buat pinda Perlembagaan Bersatu, dia pinda perlembagaan akan dihantar ke RoS.

“Kalau benda ini diluluskan oleh RoS maknanya kita akan ada enam PRK dan kebanyakan kerusi ini kerusi Umno,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin.

Justeru, kata Khairy jika berlakunya PRK dan keenam-enam kerusi berkenaan Bersatu ‘pukul’ Kerajaan Perpaduan (PH-BN) ia tentu membuakkan ketakutan kerajaan terhadap pembangkang.

“Kalau 6-6 Bersatu pukul Kerajaan Perpaduan (PH-BN) ini satu lagi data point jadi asas ketakutan kerajaan untuk buat apa-apa.

“Apatah lagi jika Umno tak dapat menang.

“Ini akan membuktikan rakyat tawar hati Kerajaan Madani, total rejection kepada Umno,” kata Khairy sambil memuji pindaan Bersatu itu yang disifatkan sebagai langkah bijak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat