Konsert “Mayapada Ungu : 30 Hit Timeless” berjaya gegarkan Megastar Arena

- Advertisement -

Bergemanya Megastar Arena dengan sorakan peminat yang hadir untuk menyaksikan Konsert Mayapada Ungu:30 hit Timeless, konsert tersebut berjaya menghimpunkan seramai 5000 peminat daripada malaysia.

konsert anjuran Icon Entertainment sememangnya konsert yang dinanti nantikan oleh peminat Ungu di Malaysia, Mana tidaknya semua lagu lagu kumpulan berasal Indonesia itu mengembalikan nostalgia lagu lagu hits mereka seperti “Cinta Dalam Hati”, “Kekasih Gelapku”, “Demi Waktu”, “Tercipta Untukmu” dan “Andai Ku Tahu”

Kumpulan Ungu dibarisi oleh Pasha(vokalis), Enda(gitar), Oncy(gitar), Makki(Bass), Rowman(dram) telah memberikan persembahan yang bertenaga dan setiap ahli kumpulan  mengenakan pakaian bersut segak untuk konsert tersebut.

Setiap penonton yang hadir turut menari, menyanyi dan bersorak bersama apabila lagu lagu yang selama ini menjadi siulan mereka dipersembahkan sehinga membuatkan seluruh Arena bergema.

Sebanyak 30 lagu hits mereka telah dipersembahkan pada malam tersebut, konsert yang bermula tepat pada pukul 9 malam dimulakan dengan lagu “Hampa” membuatkan sorakan peminat mengamatkan seluruh suasana Arena.

Seterusnya dengan barisan lagu ‘Pecaya Kepadaku’, Berikan Aku cinta, Cinta Gila, Sejauh Munkin, Saat Bahagia, Aku Bukan Pilihan Hatimu, Saat Bahagia, Aku Tau, Seperti Yang Dulu dan Dirimu untuk segmen pertama.

kumpulan Ungu telah menyampaikan dua buah lagu tribute Malaysia iaitu ‘Mencari Alasan’ Exist dan ‘ Di sana menanti Di Sini Menunggu’ Ukays yang mana membuatkan seluruh peminat turut menyanyi bersama.

Kumpulan Ungu meneruskan persembahan dengan lagu ‘Bila Tiba, Andai Ku Tahu, Berjanjilah, Untukmu Selamanya, Hati Yang Kau Sakiti, Tercipta Untukku, Kekasih Gelapku, Demi Waktu dan banyak lagi.

Pastinya siapa yang hadir untuk melihat persembahan konsert Ungu akan pulang sambil tersenyum kerana telah memberikan memori yang pasti tidak akan dilupakan oleh peminat yang hadir.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat