MARA perlu diperkasa untuk pengupayaan Bumiputera – Zahid

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) wajar diperkasa bagi memastikan semua usaha pengupayaan Bumiputera baik diperingkat kementerian, agensi, GLC dan GLIC dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pemerkasaan MARA merangkumi tanggungjawab penyelarasan, pemantauan dan penilaian di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera.

“Serentak itu juga, Unit Pemerkasaan Bumiputera di Kementerian, Agensi, GLC dan GLIC perlu diaktifkan semula agar penyelarasan, pemantauan dan penilaian dapat dijalankan dengan berkesan,” kata Zahid dalam ucaptama Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB 2024) pada Khamis.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga menambah, dalam perjalanan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera, kita tidak boleh mengabaikan kekuatan pokok yang membentuk asas kemampanan negara bangsa, iaitu kekuatan dalam pemeliharaan kesatuan dan kesepaduan, kestabilan politik dan struktur sosial yang teguh.

“KEB 2024 mesti dijadikan medan untuk kita meningkatkan keupayaan ekonomi Bumiputera agar lebih dinamik dan berani beradaptasi dengan perubahan yang tidak menentu dalam pasaran kewangan, ketidak pastian global, konflik regional dan geopolitik, inflasi, pandemik dan lain-lain cabaran agar Bumiputera mempunyai ketahanan (resilient) serta kemampuan untuk terus bersaing,” ujarnya.

Zahid juga menegaskan Transformasi Ekonomi Bumiputera mestilah dijadikan satu dasar besar yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi Bumiputera dan menarik pelaburan agar kita dapat membina landasan ekonomi yang kukuh untuk kemampanan jangka panjang.

“Kita mesti berani mencipta kekuatan dalam menjalin hubungan luar melalui promosi dan diplomasi perdagangan serta kerjasama antarabangsa.

“Langkah ini mampu membuka pintu peluang yang lebih luas dan membina jambatan
kesejahteraan bersama di peringkat global.

“Janganlah kita hanya berlegar di arena domestik tetapi gapailah pasaran sejagat yang mempunyai potensi nilai pasaran melebihi 5 trilion dollar Amerika menjelang tahun 2030,” katanya,

Justeru, Zahid percaya, akhirnya dengan dasar Transformasi Ekonomi Bumiputera ini, kita tidak hanya memperkasakan ekonomi Bumiputera tetapi juga membina landasa ekonomi bagi negara bangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat