Joe Biden bertanggungjawab sepenuhnya serangan hospital di Gaza – Hamas

- Advertisement -

GAZA – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ‘bertanggungjawab sepenuhnya’ untuk operasi tentera Israel di hospital terbesar di Gaza.

Demikian penegasan kumpulan pejuang Palestin Hamas.

“Kami menentang pendudukan (Israel) dan Presiden Biden bertanggungjawab sepenuhnya atas serangan ke atas kompleks perubatan Al-Shifa.

“Penerimaan Rumah Putih dan Pentagon terhadap dakwaan palsu pendudukan bahawa kumpulan penentang menggunakan kompleks perubatan Al-Shifa untuk tujuan ketenteraan memberi lampu hijau kepada pendudukan untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam,” kata Hamas dalam satu kenyataan, lapor AFP.

Tentera Israel berkata mereka sedang menjalankan “operasi yang tepat dan disasarkan” terhadap pusat kawalan Hamas yang disyaki di bawah Al-Shifa, di mana beribu-ribu orang awam mencari perlindungan.

Semalam Rumah Putih berkata sumber perisikan AS menyokong dakwaan Israel bahawa Hamas telah menguburkan pusat operasi di bawah hospital.

Biden juga menggesa Israel mengambil “tindakan yang kurang mengganggu” Al-Shifa, sambil menambah: “Hospital mesti dilindungi.”

Israel berulang kali mendakwa penggunaan tentera Hamas ke atas kemudahan itu “membahayakan status dilindunginya di bawah undang-undang antarabangsa” – satu dakwaan yang disangkal oleh banyak peguam hak asasi manusia antarabangsa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat