Negara barat munafik, hipokrit dalam isu Palestin – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat dunia terus mengecam negara-negara Barat kerana bersikap hipokrit melibatkan warga Palestin.

Tegas beliau dalam wawancara bersama Arab News, begitu pantas negara-negara Barat ini mengecam Rusia dalam isu melibatkan Ukraine tetapi bungkam, malah dipertahan serta didukung sikap kurang ajar Israel yang menceroboh, memeras serta menekan warga Palestin.

“Dunia harus bangkit dan sedar bahawa ini bukan sikap yang adil dalam menegak hukum antarabangsa (international law).

“Terdapat terlalu banyak percanggahan dan kepura-puraan dalam arena politik antarabangsa.

“Kamu (Barat) bercakap tentang hak asasi manusia di satu pihak, dan kamu menafikan hak kepada yang lain. Sebagai contoh, anda mengutuk Rusia atas pencerobohan dalam keputusannya untuk mengambil alih wilayah di Ukraine. Adil. Itu dikutuk.

“Tetapi dengan pencerobohan Israel dan mengambil alih tanah Palestin yang sah, itu dibenarkan. Bukan itu sahaja, ia disokong dan dipertahankan. Dan saya rasa kita perlu bangun dan melihat kemunafikan yang tidak dapat diteruskan,” tegas Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat