MB Pahang Ucap Takziah Kepada Waris Mangsa Tragedi Kepala Air

- Advertisement -

PEKAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan takziah kepada waris mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai di Terengganu, yang membabitkan 10 individu termasuk sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, di Kuantan dekat sini.

“Kerajaan negeri juga bersedia membantu pihak terbabit” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Blok Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Acheh, di sini hari ini.

Wan Rosdy juga menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam merancang percutian, terutamanya di lokasi yang membabitkan air seperti sungai dan pantai, mengambil kira keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Semalam, media melaporkan semua mangsa telah dihanyutkan arus deras fenomena itu, semasa berkelah di kawasan tersebut pada petang Sabtu.

Mereka ialah Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Putri Balqis Izzati, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Seorang lagi ialah Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor pula adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat