Semua Perlu Akur Keputusan Bakal Diumum Majlis Presiden BN, PH – Tok Mat

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Semua pihak perlu akur dengan keputusan yang bakal diumumkan Majlis Presiden Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berhubung kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pimpinan Majlis Presiden BN dan PH telah mengadakan pertemuan dan keputusan mengenai kerusi akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Kita sudah bertemu di peringkat Majlis Presiden, keputusannya dalam masa dua atau tiga hari lagi akan dapat kita tahu, itu adalah kata putus.

“Apabila Majlis Presiden telah memutuskan saya harap supaya semua pihak diperingkat negeri akur dengan keputusan yang telah dibuat tersebut, jika tidak, ia tidak akan ada kesudahannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat secara tertutup dengan pimpinan UMNO Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, beliau juga menasihatkan agar semua pihak untuk memberikan fokus bagi memastikan kemenangan memihak kepada gabungan BN dan PH pada PRN di enam negeri berbanding soal agihan kerusi.

“Kalau kita tidak akur dan memperakukannya (keputusan Majlis Presiden) akan ada perasaan tidak berpuas hati, nanti kita tidak dapat mengurus pilihan raya dengan baik, yang penting kita mahu menang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, beliau juga turut berpuas hati dengan gerak kerja serta persiapan jentera BN dan UMNO untuk berdepan dengan PRN di enam negeri. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat