Portal MalaysiaNow masih disekat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Percubaan melalui rangkaian TM Unifi pagi ini, menggunakan Open Observatory of Network Interference menunjukkan MalaysiaNow disekat oleh TM Unifi melalui gangguan DNS.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia setakat ini menafikan mengeluarkan arahan untuk menyekat mana-mana portal berita dalam negara ini.

Malaysianow dilaporkan masih menunggu maklum balas daripada syarikat keselamatan siber Cloudflare dan akan mengemas kini maklumat terkini kepada pembaca.

Buat masa ini, sila gunakan pautan alternatif untuk membaca berita di laman sesawang kami: https://tinyurl.com/4uexxmu4

Latar belakang: MalaysiaNow dilancarkan pada September 2020 dan merupakan agensi media yang diakreditasi secara rasmi oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Kali terakhir portal berita yang diakreditasi disekat ialah pada 2016 apabila MCMC menyekat The Malaysian Insider yang melaporkan tentang skandal 1MDB.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat